Sunday, May 9, 2010

..: hari yg dinanti2 kian tiba :..


cekgu2 kimia yang cute2,ensem2...ehhee


my team..hehehe

phni,tepat kul 910 pagi,tibalah masa aku nnti2..bnda yg mbuatkan aku tak tdo lena,tak lalu mkn...hihihi(tipu je)..Presentation Proposal..so scared..gud luck to all my frens,dak2 kimia...jom kita wt yg terbek phni..BRILLIANT kan sumer...:))

ALL THE BEST...
KEJO YEOP KEJO..

Saturday, May 8, 2010

..: pedoman BUatkU :..


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut. pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.


..: hujaN ooo HUJan :..


alhamdulillah,bernafas lg aku hari ini...bgn2 tdo jer,bunyi tup tap tup tap...ujan rupa2nyer..ujan2 gini,tringat duk umah kat kelate la...besnyer mkn ubi rebus cicah gula...nyummy...pekena teh o pns lak,pergh...sodapp..

tringt kat ma,ayh kat umah...rndunyer..ari tu,abg mie ada kol,tny bila nak blik umah..sian ma n ayah,duk sorg2...wahai bonda n ayahanda,maafkanla ankmu ini..kalau ikutkan hati,nak ajer blik skrg..tpi,tanggungjawab terhadap tugas perlu dilaksanakan..

..: di Kala KEboSaNaN :..












edit-mengedit gmbr satu kesukaanku~~~

Friday, May 7, 2010

..: Hp ku wt HAL :..

aiyya...hp wt hal..msj,takleh ntr..nk kol,suara tak dgr..aiyya...manyak susahhh maaa...

Thursday, May 6, 2010

..: 10 mei 2010 :..

ada apa dgn 10 mei?hihihi,,tarikh yg amat2 bermakna wt dak2 kimia sem 6...kami memang ank2 kesygn upsi...
wahai encik proposal, i love u laa....




114 surah=114 unsur [manusia sebaik2 ciptaan]

skang,ngah cri n kumpul maklumat utk tjuk tesis aku...cari punya cari,aku terjumpa satu karya ni..amt menyentuh hati n aku rasa perlu utk share kat kwan2 sumer sbg tatapan...

Perkongsian dari peserta yg menghadiri program Sains & Quran
(tak tau dimana/penganjur)

Ustazah, kenapa orang selalu pilih-pilih surah untuk dibaca dan dijadikan amalan. Kenapa mereka tidak membaca dan mengamalkan keseluruhan alQuran? Sedangkan Allah suruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran.Ana peliklah, Ustazah..”

Sudah hampir dua tahun soalan itu diaju, namun, ia masih terngiang-ngiang di telinga. Entah mengapa, jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati ini. Barangkali, bukti yang lebih kukuh akan membuatkan ana lebih berpuas. Dan semalam, ana pergi ke Program RK-i. Sepanjang program tersebut, ana tertarik dengan satu topik yang dibincangkan bersama penceramah.

” Allah mengatakan manusia adalah sebaik-baik ciptaan (AQ; atTin : 4 ). Mengapa Allah berfirman begitu?Baiklah, manusia terdiri daripada sel, kemudian membentuk tisu, kemudian organ dan akhirnya tubuh. Sel-sel terbentuk daripada atom (unsur-unsur) . Semasa di sekolah dahulu,bagi mereka yang mengambil subjek kimia, kita ada belajar Jadual Berkala Unsur. (PERIODIC TABLE) -Ada berapa unsur dalam alam ini? ”

” 114.. ” jawab beberapa peserta.
” Ya, 114 unsur. Kesemua unsur ini ada dalam tubuh manusia. Kalsium? Ada pada tulang. Phosporus, Nitrogen, Besi, Kumprum, Zink , Nitrogen? Semuanya ada dalam tubuh manusia. Sebab itu, Allah mengatakan bahawa adalah sebaik-baik ciptaan. Sebab semua yang ada dalam alam ini, ada pada tubuh manusia. ”

” Tetapi, doktor, bagaimana pula dengan teori Darwin? Dia mengatakan manusia berasal daripada monyet? ” seorang peserta mencelah.

” Ha! Manusia ada 114 unsur. Monyet hanya ada 67 unsur dalam badan. Kalau Darwin kata kita dari monyet, dari mana datangnya lagi 47 unsur tu? Ada scientist kata, manusia serupa seperti tikus. Tetapi, tikus hanya ada 17 unsur. Malaikat dan syaitan, masing-masing 1 unsur. Malaikat terdiri daripada unsur cahaya dan syaitan terdiri daripada unsur api. Jadi, manusia ini, memang sebaik-baik ciptaan, sebab Allah menjadikan kita paling banyak unsur dan kesemua unsur itu ada ada alam dan tubuh kita. ”

” Apa gunanya kesemua 114 unsur itu, doktor? ” perserta lain pula mencelah.
” Bayangkan, jika 1 unsur (atom) dalam tubuh kita tiada, sel tidak akan dapat membentuk tisu dan juga organ. Bila organ tiada, bagaimana kita dapat menjalani hidup ini sebaiknya? Firman Allah dalam ayat seterusnya, ayat 5 dan 6 ;

Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus( 6).

Maka, bagaimana kita mahu menggunakan kesemua unsur ini dengan sebaiknya? Kerana unsur ini akan gugur jika disalahgunakan dan tidak dijaga. Jadi, sekarang, semua sudah maklum bahawa tubuh manusia mengandungi 114 unsur. Bilangan unsur ini sama dengan bilangan surah dalam alQuran. Setuju? ”

” Ya, 114 surah! ”
” Maka, untuk memelihara kesemua unsur ini, kita perlu membaca keseluruhan alQuran. Kerana setiap surah dalam alQuran mempunyai kelebihan untuk mengekalkan unsur ini dalam tubuh kita. Misalnya, ayat Kursi berkait tentang unsur oksigen. Surah Yaa Sin berkait dengan unsur nitrogen dan sebagainya. Maka, kita tidak boleh mengatakan bahawa surah sekian-sekian begini, bagus diamalkan. Kita perlu ingat, alQuran adalah kalam Allah dan semua yang terkandung dalamnya bagus. Jadi, untuk mengekalkan unsur dan tubuh kita ini, kita perlu mengajisetiap hari. Bacalah keseluruhan alQuran, untuk mengekalkan unsur dalam tubuh kita. Dan secara automatik, kita akan menjadi manusia yang hebat! ”

Subhanallah. . Terasa puas hati ini apabila mendengar penerangan tersebut. Ternyata, Allah menyuruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran kerana bilangan unsur dalam tubuh kita dan surah dalam alQuran sama! Sungguh, Allah itu alKhaliq! Allahuakbar! Renung-renungkanlah , dah berapa kali kita khatam Al-Quran dalam hidup ini. Dah berapa tahun kita hidup? 14?15?16?17? tapi baru berapa kali je kita khatam? Hish… kata nak masuk syurga~ ;-)

wallahua’lam.

 
Copyright ..: ciksue's cOrnEr :.. 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .